Inginkan website untuk memajukan perniagaan dalam tahun 2024 ni? Ada banyak harga dari pereka yang berbeza yang ada.
Jadi berapa cas untuk buat laman web?
Hari ini kita akan bincangkan upah buat website dalam Malaysia.
Purata cas buat laman web
Ada pelbagai harga di Malaysia daripada freelance, agensi digital dan company besar yang dah bertahun lama dalam bidang ni. Cara mudah utk anggaran harga ialah mengikut size dan jenis website.
Berdasarkan article dari agency digital Vetter (MY), jenis website yang berkesan untuk memajukan bisnes adalah harga dari RM4500+ disebabkan nilai yang diberikan yang memberi manfaat yang lebih untuk syarikat anda.
Dengan harga tersebut anda bukan sahaja dapat website tetapi website direka berdasarkan matlamat bisnes dan target anda.
Harga dibawah adalah mengikut upah yang sesuai untuk kualiti baik.
- Landing page (1 page) – dari RM1200+
- Laman web jenis korporat (25-30 muka surat) – dari RM4500+
- Laman web jenis ecommerce – dari RM4000
Faktor mempengaruhi harga buat website
Pelbagai jenis keperluan asas untuk membangunkan website seperti yang dinyatakan di bawah.
Domain
Domain ni ada pelbagai jenis contohnya .com , .com.my , .my dan sebagainya.. Domain adalah alamat website yang boleh digunakan oleh pengguna untuk akses website.
Server (Hosting)
Hosting adalah benda wajib, hosting juga akan menentukan kelajuan website. Sebaiknya, kene guna hosting yang setanding dengan saiz website untuk mengelakkan pengalaman pengguna yang tak mesra. Klik je slow, tekan je loading, membosankan..
Platform
Pelbagai jenis platform yang ada sekarang, antaranya ialah WordPress, Webflow, Wix, Squarespace dan sebagainya. Kebanyakkan website skrg guna WordPress atau Webflow, disebabkan kos dan fleksible. Boleh scale up dengan senang.
Features
Tak semua laman web yang dibina tu sama, setiap website mempunyai target market dan content tersendiri. Features juga boleh menyebabkan yuran tahunan laman web menaik serta menambahbaikkan website dari segi contact form yang gempak (custom design), dapat order notification melalui emel, payment gateway terbaik di Malaysia dan sebagainya.
Kos tahunan laman web
Sekiranya anda inginmembangunkan laman web menggunakan WordPress, Drupal atau Joomla. Anggaran kos tahunan sekitar RM800+, jika dipenuhi dengan features dan plugins yang berbayar (premium).
Sebaiknya invest sikit utk yang paid, ada je yang free tetapi selalunya ada mcm iklan sikit (nampak tak professional).
Jika run website jenis ecommerce, anggaran tahunan sekitar RM1200.
Kenapa mahal dari laman web biasa?
Disebabkan keperluan e-commerce tinggi, server pun kene power kalau tak, slow jadinya dan boleh crash. Selain itu, kos plugins juga berbayar untuk naik taraf yang berterusan.
Contoh features ecommerce ni macam shipment tracking, pop-up promotion dan sebagainya. Semuanya untuk memudahkan admin dan menambah mesra pelanggan.
Benda penting kene tahu sebelum cari pembuat laman web
Jgn rush ye, ingat beberapa perkara di bawah supaya website anda sentiasa maju.
SEO
Apa benda tu? SEO atau dalam ayat penuhnya “Search Engine Optimization”, untuk menaikkan ranking laman web anda di Google (apa-apa search engine). Dah ada website, mesti kene ada visitors, barulah ada peluang untuk mendapat pelanggan yang baru.
Original plugins
Apa-apa features kene Ori / Genuine. Jgn approach website yang murah dengan features superb kerana selalunya provider tu diorg guna plugins yang dah crack. Dalam kata lain nya, laman web anda senang kene godam dan berpotensi utk hilang data dan sebagainya.
Update dan penyelenggaraan
Pastikan tahu harga untuk update content, website features dan penyelenggaraan sekiranya berlaku bugs selepas update. Kalau tak nanti website offline atau crash. Tak syok utk share broken website kepada pelanggan. Nanti mereka fikir yang bisnes ni dah abandoned.
Berkualiti untuk membolehkan rank di Google